Saturday 31 May 2014

Wide Shawl by Shawlgirl Shopz


Assalamualaikum..


Siapa kat sini peminat wide shawl? wide shawl bukan saja luas & labuh tapi coraknya juga cantik. Bonus untuk siapa yang suka main lilit-lilit tudung, wide shawl boleh digayakan dengan bermacam-macam jenis lilitan. Seperti tudung bawal & shawl lain, wide shawl pun sesuai dipakai kemana-mana. Tapi kalau pakai wide shawl ke kedai runcit bawah rumah agak.............. hummm.. hehe..

So, hari ni entry Sya tentang wide shawl yang sangat la cantik. Sya sendiri tak boleh kawal perasaan nak beli wide shawl ni sebab corak dia cantik-cantik. Memandangkan Sya ni masih "newbie" nak pakai wide shawl, mula-mula rasa macam risau pulak takut tak reti nak main lilit-lilit ni, takut fabriknya terlalu tebal & terlalu nipis. Disebabkan jatuh cinta dengan coraknya, Sya pun order la dengan akak friendly ni, Shawlgirl Shopz. harga pun berpatutan, ape lagi, beli la. hehehe..

Lepas dua hari, parcel sampai ke rumah. Buka parcel dengan rasa teruja nih. Hihi, Sya suka betul shopping online sebab bila parcel sampai rumah rasa macam dapat hadiah. Bende first check, corak. Then colour. Pastu belek kualiti fabrik. Lembut & sejuk, fabrik tak terlalu jarang & tak terlalu tebal. kalau rasa nipis boleh lipat dua, mcm tudung bawal. Setakat ni, sya buat 1 layer pun x la nampak jarang. Bukti, tengok gambar :)
And then, apa lagi test kat kepala, siap dengan lilit lagi. Yang penting bukan Sya sorang je, mak & adik perempuan pun main lilit-lilit wide shawl juga. Hehe, mak Sya berkenan, sebab wide shawl yg Sya beli ni senang bentuk & boleh labuhkan tudung.


Sya baru nak berjinak-jinak dengan shawl bercorak sebab sebelum ni Sya more to plain shawl. Corak wide shawl ni buat Sya jatuh cinta, lagipun coraknya tak over. Cantik kan!


Shawl ni warna bright pink & light grey. Bila pakai, sometimes nampak macam warna grey tu menyerlah sangat. Sya dah pakai shawl ni pergi kerja, selesa sangat. Tak payah iron pun senang bentuk. Kalau tak pergi kerja pakai tudung sarung ngan pashmina je. Hehe. So dibawah selfie Sya dengan shawl nie.




Cantikkan warna dia? kena pulak warna pink memang favorite Sya. ^_^



Yang ni pulak shawl motif leopard printed. kalau tak salah nama shawl ni WildCat Brown. Kalau tadi feeling pink, shawl ni pulak feeling elegant gitu. Tersangat la nice.


Boleh tahan juga kan corak ni. Siapa yang memang minat leopard printed shawl ni, wide shawl ni untuk korang. Nice!


Yang ni pula, Printed Lace Wide Shawl. Warna dia macam light green turquoise pun ada. Bila pakai sometimes biru, sometimes hijau. Ape-ape je la, janji cantik bila pakai. Hehe..




Lace.. Lace.. :)


Shawl ni boleh buat korang feeling-feeling doll gitu. Dari segi warna & corak dia, Sya dah banyak kali pakai shawl ni kat luar. Lupa pulak, nama shawl ni kalau tak silap Polka Lace.



Pakai masa date ngan cik abang pun pernah. Hehehe.

Overall puas hati tahap lima bintang dengan shawl ni. Tak menghampakan ^_^ So kepada korang yang memang peminat wide shawl or baru nak try wide shawl, nak beli dengan harga yang berpatutan & cantik korang boleh beli dengan :

Facebook : Shawlgirl Shopz
Instagram : Shawlgirl

Confirm puas hati :) Shawlgirl Shopz bukan cuma jual wide shawl, shawl lain pun ada. ^_^

Sekian saja review Sya untuk wide shawl by Shawlgirl Shopz. Ada yang kawan-kawan request tutorial pada Sya, tapi disebabkan masalah tukang nak merakam & keadaan bilik yang tak berapa mengizinkan Sya tak dapat buat lagi semua tu. Insyaallah, kalau boleh adjust, Sya akan cuba ye.

Hope it helps, Salam!

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
Pink Bow Tie

© 2011 Sya Hamdan, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena