Sunday 4 May 2014

Perla Coffee Review


Assalamualaikum.. Hai!


Dah lama tak sumbat entry dalam ni. Sejak dah kerja ni rasa liat je nak update blog. hehehe.. So, entry kali ni tentang Perla Coffee ^_^ Macam-macam jenis makanan tambahan dah yang wujud dalam pasaran sekarang. Kebanyakkannya selain dapat memberikan tenaga, kesihatan malah kecantikan!! Perla Coffee juga begitu. Sya dah pun mencuba produk ni untuk 1 kotak, 20 sachet di dalamnya.





Sebelum tu, Perla Coffe ni untuk apa? 

Perla Coffee, kopi pracampuran untuk diminum. Kelebihannya untuk memutihkan, menggebukan kulit serta buat kulit berseri-seri. Gabungan bahan terpilih yang terdapat dalam minuman ini seperti serbuk mutiara yang mudah diserap oleh badan. Serbuk mutiara mengandungi bahan pelembab semulajadi yang sangat baik untuk kulit. Rahsia formula serbuk mutiara dapat membantu untuk mencegah penuaan kulit, membersihkan kulit dan memudakan kulit wajah serta banyak lagi khasiat dari segi kecantikan Glutathione juga membantu meningkatkan kecerahan warna kulit (memutihkan) seluruh badan, menghaluskan serta melembutkan struktur kulit (glowing) dan serta kulit menjadi kenyal. Bahkan bahan lain seperti vitamin c,collagen dan herba-herba terpilih membantu kulit kelihatan putih, gebu dan berseri di samping mengekalkan kesihatan dan kecergasan.


Kandungan:
Serbuk mutiara, glutathione, calcium, kopi arabika, krimer bukan tenusu, gula, ekstrak habatussauda, ekstrak betik, ekstrak tomato, vitamin c & collagen.

(sanggup tu taip semua ayat dari packaging Perla Coffee. haha ^0^)


Korang boleh beli Perla Coffee dengan :


Kepada kawan-kawan Sya yang membaca blog ni, korang berpeluang dapat special price untuk Perla Coffee, sah untuk sebulan. Caranya PM Cik Fara & taip kod diskaun iaitu @syahamdan dan tunggu reply daripada Cik Fara. 

Alang-alang korang nak try Perla Coffee & boleh dapat special price, ni la masanya :)


Result?

Lepas cuba 20 sachet Perla Coffee dalam jangka masa sebulan (tak termasuk period), hasilnya memuaskan hati. Kesan terhadap kulit yang paling ketara setakat ni Sya dah tak perlu kerap gunakan losyen pada bahagian tapak tangan & kaki. Walaupun time bekerja duduk dalam aircond, tapi kulit sentiasa rasa lembab. Tak macam dulu, kerap bergantung pada losyen T^T Of course la happy, dari kecil sampai ke besar Sya sentiasa guna losyen. 24 hour losyen. Pergi tidur rumah member pun kena bawak losyen, kalau tak tak selesa & tak boleh tidur. Lepas cuba Perla Coffee, tertinggal losyen pergi tempat kerja pun not a big deal sebab kulit dah rasa lembab & tak kasar. Mungkin sebab masa kecil dulu Sya suka main dengan sabun basuh pinggan, sebab Sya suka bau citrus. hehehe

Selain daripada tu, kepada penggemar coffee tapi tak tahan pada caffeine, coffee ni sesuai untuk korang. Sebab Sya sendiri bukan penggemar coffee & sangat tak tahan pada caffeine. Tapi Sya kurang terganggu dengan rasa Perla Coffee & tak muntah-muntah, pening & masuk angin sepanjang minum Perla Coffee. Nice kan! Tak percaya cuba la. Sya pun takut-takut sebab dulu masa minum coffee Sya kerap sesak nafas muntah & masuk angin sebab caffien. Tapi tak masa minum Perla Coffee.

Kulit muka kurang berminyak! Sya memang jenis kulit berminyak. Not all the time la, ada masa Sya stress time tu selalu muka cepat berminyak. Nak tempek boya mask, pakai waktu malam je. Disebabkan kat tempat kerja Sya tak suka mekap, Sya dapat rasa kesan berminyak tu datang dari kulit Sya sendiri, bukan sebab foundation or any cosmetics product. Perla Coffee agak membantu.

Selain dari tu, rasa lebih bertenaga! Bangun pagi pergi kerja kerap rasa lemah lesu je. Lagipun Sya memang sentiasa tak makan breakfast. So, Sya minum Perla Coffee 30 minit before pergi kerja. Minda tak rasa blank & badan rasa semangat je. Kalau tak memang Sya selalu rasa lesu & blank. Mungkin sebab tu orang suka panggil Sya blur. =.='' Menguap pun tak, sebab badan dah rasa ada energy. Then, automatic rasa nak pergi toilet buang air besar setiap kali lepas minum Perla Coffee. Perla Coffee bukan macam slimming product ye, yang buat korang jadi tetamu toilet yang setia. hehehe.

Oh ye, Perla Coffee tak perlu diminum ketika period ye! Setakat ni Sya consume Perla Coffee untuk 20 sachet, yang paling ketara Sya rasa yang telah pun Sya taip kat atas. Sya tahu mesti ada yang tertanya-tanya kenapa terus tak nampak result bila dah habis 1 kotak. Jawapannya sebab Perla Coffee merawat dari dalam dulu ye. Dan mana-mana makanan tambahan untuk kecantikan pun akan rawat dari dalam dulu, bila dalam dah clean baru kesan luaran akan kelihatan. Korang pun tahu kan punca jerawat bukan dari luar je, kalau korang salah makan, stress & hormon jerawat akan naik. Macam mana nak hilang jerawat kalau tak rawat dari dalam?

Sama la macam Perla Coffee & mana-mana makanan tambahan yang lain. Kalau dalaman dah bersih, kadang-kala sebulan je ada yang dah nampak result. Bergantung kepada orang juga sebenarnya. Kadang-kadang macam nak marah juga bila ada yang just cuba supplement sekotak or sebulan terus harap nak nampak hasil. Tak semua benda akan nampak sekelip mata. Even nak kuruskan badan dengan bersenam pun ambil masa berbulan. Nak cantik, kena kuat usaha dan bersabar.

So kepada sesiapa yang berminat add la facebook Cik Fara & korang boleh tanya details dengan dia sebab dia sendiri pun menjual & consume Perla Coffee. So sebagai customer, Sya sendiri cuma akan beli dengan penjual yang turut menggunakan produk yang dia jual. Lebih yakin & senang nak tanya macam-macam pada seller tu. Semestinya, Perla coffee original.




Cantikkan kulit pengasas Perla Cofffee ni.. Gebu ^_^

Gambar Sya sepanjang minum Perla Coffee tak banyak memandangkan hasilnya Sya sendiri yang rasa & kesan luaran masih tak nampak lagi, tapi ini gambar Sya masa minum perla coffee hari ke 15. No make up face & pucat sebab Sya penghidap anemia ye.


Sekian saja review Sya untuk Perla Coffee. Kepada yang tengah buat survey sebelum beli Perla Coffee, diharapkan entry ni dapat membantu korang. Hari ni masuk 6 hari dah tak minum Perla Coffee since dah habis, tiada kesan sampingan & kelembapan kulit masih dapat rasa sampai ke hari ni.


Hope it helps!

Sekian, Salam ^_^

4 comments:

Syazwana Borhan said...

boya mask tu ok tak sbnrnye? ke die bg kesan sementara je? huhu:)

Unknown said...

Boya mask ok..sampai sekarang still guna lagi.. Kesan sementara tu tak pasti tapi sbb sya dah pakai 6 bulan setakat mmg puas hati.

Unknown said...

klo kulit mmg xde mslh jrwt, stil bleh mnum ke produk ni?

Sally Yana meowz said...

Assalamualaikum.,wasup 0196225344 nk dptkn perla coffee & perla coklat dgn harga rm43 sm / rm48 ss termasuk postage.,blh jg dptkan rgkaiian produk irich lain.mmg original.,

Post a Comment

Powered by Blogger.
Pink Bow Tie

© 2011 Sya Hamdan, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena