Friday 28 February 2014

Review Boya Mask Gluta Q10 by Karmart

Assalamualaikum..


Setelah sekian lama tak meng-update blog ni sebab malas, hari ni baru rasa macam rajin sikit nak update. hehehe.. So, entry kali ni tentang Boya Mask by KARMART / Aura Gluta Q10 Skin Mask, satu-satunya skin care yang Sya ada. Apa tu Boya Mask?

Kata pengeluar :

BOYA Q10 L-Glutathione Whitening Skin Mask for Face & Body

140ML

Made in korea

Formulated japan

Skin Mask BOYA Gluta Q10 adalah formulasi terbaru untuk menjadikan kulit putih kemerah-merahan (merah jambu). Ia juga berupaya mengurangkan kedutan, bintik-bintik hitam, jerawat dan masalah kulit yang lain.

Gel tidak melekit ini didatangkan dengan kepekatan Q10 glutathione dan perbezaan akan nampak ketara dari penggunaan yang pertama. Lihat keajaibannya secara jelas dalam masa 7 hari!

Bersihkan tubuh terlebih dahulu dan dilap kering. Sapukan gel ke badan dan wajah sebelum tidur. Tidak perlu dibilas. Gunakan secara berterusan selama 7 hari.

Menyerap Gluta terus ke dalam kulit anda. Mengembalikan keremajaan kulit dan mencerahkan hanya dalam masa 7 hari. Memurnikan dengan menahan melanin serta menyegarkan.

Mengurangkan kedutan, mengelak jerawat dan jeragat. Terbukti sangat baik untuk kulit dan popular seluruh dunia.

Bagaimana menggunakan:

Sapu seluruh badan dan muka sebelum tidur. Sebaiknya biarkan selama 8 jam. Tidak perlu membilas.

Kandungan : Q10 Collagen ,Extra L-glutahione .mineral,aqua,arbutin ,vitamin C
Diiktiraf : GD FDA (2006)



Sya dah pun habis gunakan sebotol Boya Mask. Sebab tu Sya berani nak buat review ^_^
 Sebotol Boya Mask tu, ada 140 ml & Sya bukan pakai sorang, kongsi dengan adik perempuan Sya tau. Tu pun Sya & adik pakai sebotol nak dekat 3 bulan baru habis. Jimat kan. So, dah habis sebotol ni, kitorang pun order la lagi 2 botol. Kali ni, sorang 1 pula. hehe. Kalau just guna pada muka je, confirm 1 botol tahan 5-6 bulan kalau sorang pakai.

Awal tadi Sya cakap ni je la skin care yang Sya ada kan. Ye, memang betul. Sya takde pencuci muka yang tetap (just pakai sabun papaya je), takde toner, pelembab, krim malam siang tengah hari pun takde. Apa yang Sya ada, Boya mask je untuk jaga muka Sya ni.

Sya cuma pakai Boya Mask waktu malam sebelum tidur. Sya just sapu kat muka. Setengah orang sapu kat badan jugak. Lepas pakai tunggu dia kering sekejap je, pastu masuk tidur. Bangun pagi nak solat subuh, baru basuh. Usually waktu pagi, Sya just basuh muka buang Boya Mask yang ada kat muka & terus ambil wuduk. Oh ye, Sya seorang yang takkan cuci muka dengan sabun pada waktu pagi.

Pertama kali & selepas 3 bulan guna Boya Mask :


Sebelum guna, kulit Sya jenis berminyak dan disebabkan Sya anemia, so kulit muka Sya kusam & pucat. Time tu ada jerawat besar tau naik. Adik pulak ada jerawat baru naik kecik-kecik kat dahi macam ruam. Masa guna Boya mask, rasa sejuk je kat muka. Boya Mask ni cepat kering, so tak perlu tunggu lama-lama untuk dia kering baru boleh tidur. Nak lagi sejuk, sapu depan kipas. Syok! hahaha. Tapi sebelum guna Boya mask cuci muka dengan pencuci muka, keringkan muka baru guna boya mask. Elakkan daripada berpeluh la time before & after guna Boya Mask.

Bangun je pagi, tak sabar nak tengok muka dekat cermin toilet. On the way pergi toilet tangan kacau muka. Rasa soft je. Then usually kalau bangun pagi, ada rasa berminyak dekat tepi-tepi hidung, tapi bila sentuh tepi hidung dah tak nampak kilatan minyak dah macam selalu. Of course la rasa happy kan. Tengok je cermin, kulit muka nampak segar & bercahaya. Tak tahu la nak explain macam mana. =.='' Tapi the best la!

Jerawat yang naik besar tu memang la tak terus kecut. Tapi, selalunya jerawat besar tu tenggelam & ambil masa yang sangat lama kan untuk masak & pulih. Tapi, lepas guna Boya Mask, jerawat jadi cepat masak & memudahkan proses nak keluarkan bisa / nanah. Sya guna tisu, sentuh sikit je, bisa keluar. Tak sampai 2-3 hari, jerawat dah pun kering & kecut sendiri sebab dah keluarkan bisa dia. Sebab kalau tak, jerawat yang besar selama ni ambil masa paling-paling seminggu la untuk masak. Mungkin ada yang tak percaya apa yang Sya cerita, better try sendiri la nak tahu Sya tipu ke tak.

Lepas 3 bulan guna, jerawat masih lagi keluar tapi tak timbul jerawat besar dah macam dulu walaupun period. Yang ada cuma jerawat kecik-kecik je. Hari ni timbul, 2-3 hari hilang dah. Boya Mask ni bukan berfungsi menghilangkan jerawat terus ye, dia cuma merawat. Tapi lepas habis sebotol jerawat tak lagi tumbuh.

Kalau kulit  berminyak, minyak semula jadi kat muka tak la terus hilang, cuma dia mengawal minyak yang berlebihan. So kelembapan semula jadi kulit pun terjaga.

Parut memang bende yang paling susah nak hilang, makan masa sikit la. Tapi setakat ni Sya guna boya mask sahaja, alhamdulillah, Sya pergi kerja tanpa secalit BB cream apalagi foundation. Just pakai sunblock je. Kenapa, sebab muka Sya dah tak se-pucat & tak se-kusam dulu. (betul ke BM aku ni? =.='' )

Adik Sya pulak, jerawat kat dahi dia naik sebab dia pun baru tingkatan, so jerawat baru nak menyerang. Dia guna boya mask. Dia cakap, first time guna Boya Mask rasa kulit bercahaya n lembut. Bangun pagi macam berseri je. Yup, Sya pun rasa macam tu. Jerawat dia still macam tu lagi, tak terus kecut, tapi jerawat dia tak membesar. Kecil macam tu je.

Hampir jerawat dia nak sembuh, dia pergi campurkan Boya Mask dengan krim lain. Mungkin tak sesuai, jerawat dia naik & merebak. So dia pun stop dalam 3-4 hari guna Boya Mask, dia pun serik nak campurkan Boya Mask dengan krim lain dah. Lepas 3-4 hari, dia start guna balik Boya Mask tanpa campur apa-apa. 2 minggu macam tu alhamdulillah, dah clear jerawat dia.

Sya pernah tengok review orang lain, Boya Mask elok dicampur, tapi Sya & adik lebih prefer pakai Boya Mask tanpa dicampur. Lebih baik & lebih sesuai dengan kulit kitorang. hehehe. Biasalah, lain orang lain kulit. Kalau korang cuba campur ok, kira tu sesuai ngan kulit korang la =D

Selain dari tu, Boya Mask elok untuk menggantikan krim pelembab. Setengah krim pelembap yang Sya guna sebelum ni cuma buat kulit berjerawat. Geram betul! Tapi Boya Mask melembabkan tanpa menyebabkan jerawat. Sebab Boya Mask ni bukan krim, dia jenis liquid.. Bila kulit kering, kedutan halus senang terjadi lagi-lagi bawah mata & pipi time senyum. Memang tak cantik bila ada kedutan halus bila kulit kering. Sebab tu la kelembapan tu penting! Tak rugi la try Boya Mask, sekali cuba confirm tersangkut. Macam kitorang adik beradik.. hehehe.

Bawang merah, bawang kuning.. hehehe. Bawang kuning tu adik Sya (Nana)

Kalau Q10 collagen, confirm la kita tahu dia menghalang kulit dari penuaan & mencerahkan kulit. Bila kelembapan kulit terjaga, memang takde masalah dengan kedutan halus. Sya tak pasti bila boleh nampak kesan cerahkan kulit tu, sebab kitorang memang alhamdulillah dikurniakan kulit yang cerah tapi Sya je la sleng sikit sebab pucat. Tapi, adik tegur dia nampak skin complexion Sya jauh lagi better dari dulu. Kalau dulu cerah tapi kusam sekarang dah ada seri. That's the best!


Cuma ada 1 perkara yang bermain dalam fikiran, kenapa Boya Mask sticker Karmart kuning, sedangkan ramai sedia maklum bahawa sticker Karmart Original berwarna purple. Itu Sya tak tahu, tapi Sya memang beli dengan seller yang jual barang Karmart Original, so tak banyak tanya la. Lagipun time pakai pun kulit makin ok. Bukan apa, sebab sebelum beli Boya Mask, or beli apa-apa pun, Sya akan terlebih dulu usha Google tengok review & testimoni. Cari apa yang buruk & apa yang baik tentang seuatu produk sebelum membeli. Memang takde 1 pun Sya jumpa Boya Mask sticker karmart Purple. Yang buat review pun sticker kuning jugak tapi review dorang semua positif. Sya & adik try sendiri try pun ok.

Terus terang, guna boya mask hasilnya macam guna 1 set skin care yang complete. Jimat & tak perlu tempek banyak2 jenis skin care kat muka macam serum, toner, pelembab kulit & mcm2 lagi la.

Nak tahu try la.  Tapi bukan Sya jual ye. Sya beli dengan kawan Sya. Sya just buat review je.

 Scha Natasya IV
1 pcs Boya Mask RM 30.00

Orang yang jual nye pun comel gitu. Hehehe. Dia jual & dia sendiri pun guna. Try la usha, macam-macam lagi dia ada jual. Boya Mask memang terbaiklah! Jumpa lagi next entry..

atau boleh juga beli Boya Mask di  Anis Shop
1 pcs RM 35.00
2 pcs RM 60.00


Hope it helps!

10 comments:

sya paly said...

wow yank buat karangan.. deabak gitu..

Unknown said...

hahaha, jemmm... ^_^

eBy NauFiey said...

cantik blog akak...jelly tengok akak ngn abg paly...romantik sangat sangat :)...semoga kekal :)
rindu akak! :)

Unknown said...

Eby Naufiey : hehe, simple je eby :) alhamdulillah, terima kasih.. eby pun apa kurangnya ^^ semoga kekal.. jgn lupa invite akak nanti ye

Syazwana Borhan said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Ana Syazwana98 : xde side effek pun.. Anytime nk stop no problem. Redwine tu alkohol.. Klu nama alkohol mmg x halal..so jgn bawak solat... Thats why boya mask ni just pakai waktu mlm je..time subuh kne basuh..

Syazwana Borhan said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Syazwana Borhan : wc dear :)

Syazwana Borhan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sis, boya skin mask bagus utk kulit berminyak jg ke? Nampak kulit sis licin giteww ^^

Post a Comment

Powered by Blogger.
Pink Bow Tie

© 2011 Sya Hamdan, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena