Thursday 5 December 2013

Makeup oh~ Makeup!

Assalamualaikum, hai. Lama dah tak update blog ni. Sya datang lagi kali ni dengan entry Makeup oh~ Makeup!


|Make up atau Kosmetik| Satu ayat membawa pelbagai pengertian kepada masing-masing individu antaranya minat, nak cantik, fake, sumber rezeki, membazir & macam-macam lagi. Pada Sya, make up adalah minat, nak berhias & insyaallah satu hari nanti Sya nak jadikan sumber rezeki. Lihatlah di mana-mana, semua wanita atleast akan ada 1 alat kosmetik sama ada celak, bedak ataupun lip balm paling-paling pun kalau tak minat make up sekali pun.

Sya ada seorang idola dalam bidang make up kat Malaysia ni dan Sya harap dapat jadi seperti dia satu hari nanti!  Beliau ialah Fyna Here! Sya sukakan sentuhan beliau yang fresh & berseri setiap kali beliau make up diri sendiri ataupun customer beliau. Sangat cantik dan memukau mata Sya memandang hasil sentuhannya. Pernah berharap agar satu hari nanti bila Sya nak naik pelamin nak beliau yang make-up kan. hehehe

Oklah, so korang tahu tak yang Make up ni terdiri daripada pelbagai jenis? Lain sikit cara korang apply pada muka, lain la hasilnya dan nampak lain la muka korang. Ada yang suka make-up tebal, make-up doll, make up natural, fresh, Korean make-up (ullzang), Japanese make-up (gyaru) & macam-macam lagi! Di bawah merupakan pendapat Sya & tips tentang jenis-jenis makeup. Kalu sudi, jom la teruskan membaca.


Thick Make Up ~

Paling senang nak jumpa kat Malaysia ni. Kebanyakkannya pengantin ataupun penari  kebudayaan je yang apply make up macam ni. Ada yang kita lihat cantik bila make up tebal & ada yang tak cantik. Selalunya yang jadi tak cantik tu sebab wajah  tu mungkin x sesuai dgn jenis makeup sebegini. Melalui pengalaman Sya make up orang sebelum ni (tanpa bayaran), thick make up adalah makeup yang paling senang nak buat. Pada Sya la. Contohnya, eyeshadow. Thick makeup selalunya bermain dengan warna eyeshadow yang terlalu terang & terlalu gelap.Cara sapuannya pada mata selalunya memenuhi ruang mata. Bila dipejam nampak penuh, bila dibuka mata pun masih boleh nampak jelas eyeshadow tersebut. Contoh, macam ni :


Contoh gambar diatas, masih lagi kaedah thick make up tapi dramatic. Kalau boleh sesuaikan ikut keadaan kalau nak makeup tebal sekali pun. Untuk hari-hari pemakaian, thick make up amat lah tidak sesuai. Lain la kalau nak photoshoot ke atau buat persembahan make up sebegini memang sesuai sebab nak bagi audience nampak daripada jauh. Cara nak make up tebal, tutorial.


Fresh Make Up ~ 

Hampir-hampir kepada natural makeup tapi lebih banyak bermain warna pink. Kebanyakkan fresh makeup bermain dengan warna seakan-akan peach pinkish. Apa yang perlu ditekankan pada makeup macam ni ialah 1. kulit yang sihat, berseri & bermaya 2. blusher berwarna pink doll atau peach yang disapukan dengan pergerakan membulat di pipi  3. sedikit highlighter pada pipi & dahi 4. warna bibir yang sedikit glossy nampak natural tapi masih terdapat sedikit warna soft baby pink atau peach. Foundation yang nampak glowing lepas disapu pada wajah lebih sesuai untuk jenis make up fresh ni berbanding jenis matte sebab kulit tak akan nampak segar dan berseri. 


Kalau berkulit gelap, elakkan bermain dengan warna baby pink atau light pink & peach. Warna-warna tanah & pink undertone blue lebih sesuai untuk korang. Siapa kata susah nak cantik kalau berkulit gelap. Ikut saja warna-warna bibir, blusher & shadow yang dipakai oleh Rihanna ataupun artis-artis lain yang memiliki warm or dark skin tone. Tutorial fresh makeup KLIK SINI.


Korean Make Up (Ulzzang)~ 

Sya salah seorang penggemar Ulzzang makeup. Cara sapuan kosmetik pada wajah pun berbeza daripada jenis makeup yang lain, & korean makeup sangat menekankan pada natural beauty & baby face make up.

Korean makeup menekankan pada thick,straight & natural eyebrow. Semakin natural ketebalan kening tersebut, semakin muda kelihatan wajah. Orang Korea memang trim bulu kening mereka tapi cuma trim pada yang tak kemas dan tidak mengganggu bentuk kening yang asli, melainkan mereka trim sikit bahagian hujung untuk jadikannya straight. Namun bagi kita yang islam ni, sah-sah la trim bulu kening haram. Tak mengapa concealer & pencil kening kan ada! Sya memiliki kening yang sedikit berbentuk & sederhana tebal jadi bila Sya lukis kening Sya akan make sure lukis straight & tapi natural. Pemilihan pensil kening & tekniknya melukisnya sangat penting sebab kalau salah buat lain pula jadinya. Jadi, tonotn la tutorial kat Youtube cara-cara nak buat kening macam gambar dibawah KLIK SINI. Pilih sahaja mana-mana :-)


Selain itu, korean makeup sangat menekanan pada kulit yang bersih tanpa jerawat, berkilat, & cerah! Siapa yang berkulit cerah, sangat sesuai untuk makeup ini. kebanyakkan korean makeup cuma menggunakan BB cream, CC cream atau whitening cream kerana hasilnya flawless. Penggunaan compact powder adalah sangat sedikit, selalunya cuma digunakan pada tepi hidung dan sedikit pada dahi (untuk kulit jenis berminyak). Beralih pada bibir, mereka lebih gemar menggunakan lip tint dan lipgloss berbanding lipstick. Boleh kalau guna lipstick tapi ada caranya. Boleh tonton di Youtube. Antaranya,KLIK SINI. Selain dari itu, sesiapa yang memiliki puffy eye seperti Sya atau "aegyo sal" lebih menepati korean make up! Sape tak tahu aegyo sal tu macam mana, bawah mata bila kita senyum terutamanya akan keluar. Orang Korea sanggup dapatkan pembedahan plastik demi nak mencipta aegyo sal ni kerana dengan adanya aegyo sal, wajah lebih baby face.


Selai daripada itu, hidung yang mancung juga key dalam makeup sebegini. Sya memiliki hidung jambu (hehehe) jadi perlu menggunakan shading daripada warna brown natural supaya tak terlalu nampak hidung ni jambu & menggunakan shading. Sya banyak belajar make up dari rancangan ini.. Get It Beauty K-pop make up & banyak lagi tips & tutorial disitu. Oh ye, 1 lagi Pony's Beauty Diary baby skin. Ulzzang makeup jarang menggunakan blusher (sekiranya ya, warna yang digunakan ialah warna peach atau baby pink), bronzer, eyeshadow (sekiranya ya, warna yang digunakan cuma warna natural).  Persamaan antara Ulzzang & Gyaru cuma menggunakan circle lenses.


Japaneses Make Up (Gyaru)~ 

Terdapat sedikit perbezaannya berbanding Ulzzang. Gyaru lebih memberatkan pada bahagian mata dengan menggunakan fake lashes yang agak tebal pada bahagian atas & bawah mata. Selain daripada itu, bahagian kening bagi Gyaru make up, dinipiskan, dibentukkan dan menggunakan warna yang terang seperti light brown  untuk menonjolkan bahagian kening mereka. Make up Gyaru turut menggunakan bronzer, shading, lebih menggunakan lipstick, eyeshadow dan juga blusher. Make up Gyaru, kebanyakkannya menekankan pada warna gincu bibir yang nude & blusher yang berwarna peach. Berbeza daripada Ulzzang yang cuma menggayakan rambut mereka dengan potongan & warna natural, Gyaru pula lebih kepada warna rambut sepeti blonde & bervolume penuh. KLIK SINI untuk tutorial makeup Gyaru.




Natural Make Up~

 Sesetengah ada yang menganggap make up ini merupakan makeup yang paling simple tapi pada pandangan Sya sebenarnya kurang tepat. Make up yang simple hanyalah menggunakan compact powder, sedikit eyeliner & lipbalm semata-mata. Namun natural makeup, masih lagi sama seperti teknik make up yang lain seperti foundation, shimmer, highlight, bronzer, mascara & natural fake lashes, lipstick & blusher tetapi cuma menggunakan warna-warna rona natural & tak tebal. Sama seperti Simple make up, Ulzzang make up, Natural make up juga sesuai untuk dijadikan daily makeup routine. Natural makeup sangat cantik dan sesuai dengan semua jenis warna kulit. Tutorial Natural Makeup


Sya sangat menggemari sentuhan natural makeup daripada Indonesia. Sangat cantik & halus sentuhannya. Selain daripada itu, natural makeup yang sya pernah lihat sangat cantik iaitu Dato' Siti Nurhaliza dalam MV Seindah Biasa. KLIK SINI untuk lihat MV Seindah Biasa. Cantikkan!? Dia nampak sangat cute, cantik & jelita dalam 1 masa :-)

Baiklah setakat ni sahaja yang Sya ingin kongsikan dengan korang. Banyak lagi jenis makeup sebenarnya sampai tak tercerita dalam blog ni. Insyaallah di lain waktu Sya cuba kongsikan dengan korang.

Kalau korang betul-betul minat make up tak kisah la make up diri korang ke, make up orang lain ke pedulikan je kata-kata orang lain. Confirm punya korang akan jumpa dengan orang yang cakap macam ni (kebanyakkannya lelaki) "nak buat ape make up banyak-banyak, membazir" "tak make up lagi cantik" "tak rasa kalau korang make up tu fake ke". Namun bagi Sya, kita perempuan yang jenis minat barang-barang kosmetik ni, Sya rasa la diorang takkan faham minat kita, hobi kita & suka untuk berhias. Kita nak nampak cantik, biarlah. Asalkan kita tak ganggu orang lain dan duit mereka. Yang condemn tu nanti diorang kawin tetap nak diri sendiri or bini tu "make up" juga kan~ at least berhias untuk si suami.

Oh ya, selain daripada tu make up, make up juga, tapi takkan la sampai turun kedai pun make up macam nak g mall. Ingat, nak cantik-cantik juga asal bertempat. Dan jangan lupa, balik dari mana-mana terus bersihkan make up, kulit kita pun nak bernafas.
Natural beauty with or without make up is key for the perfection! 


Hope it Helps~
Read More

Sunday 20 October 2013

Kebaikan Minum Air Masak

Assalamualaikum

Entry kali ni tentang Kebaikan Air Masak ataupun Air Mineral.!

Sya yakin ramai yang tahu akan kebaikan minum air masak ni, tapi ramai yang tak sanggup nak buat sebab memerlukan komitmen yang sangat hebat untuk ke toilet. Tapi percayalah untuk sesiapa yang sangat menjaga kecantikan & kesihatan diri, minumlah air masak sekerap yang mungkin.

Sya bukanlah seorang yang kuat minum air dulu. Masuk belajar IPT Sya dah mula rajin minum air sebab selalu rasa dahaga, mungkin disebabkan penat sebab terpaksa berjalan ulang alik jauh ke kelas dan asrama. Tapi tetap kurang minum sebab malas nak menjerang air. Bila jerang air dengan heater kadang-kadang air warna kuning & bau klorin sangat kuat dekat asrama. Nak beli air mineral banyak-banyak pula mahal lagipun perlu berjimat.

Bila dah tamat pengajian alang-alang duduk rumah tak bekerja, ni la masa Sya untuk jaga kesihatan dan rawat semula kulit Sya yang dulu berjerawat sebab tertekan. Di rumah, Sya biasa minum air dengan botol air 600 ml. Paling banyak Sya isi semula botol air tu dalam 5-6 kali isi sehari. Paling sedikit 2 kali isi. Selalunya time sikit tu macam Sya tengah keluar jalan-jalan so time tu kurang la sikit minum.

Mula-mula memang rasa macam loya & kembang je perut sebab x biasa minum air masak dengan kerap & banyak. Tapi tak lama. Dah biasa okey la! :-)


1. Kulit lebih lembut

Sya tiada masalah dengan kulit kering, tapi bahagian tapak tangan dan tapak kaki sangat-sangat kering. Dulu, terpaksa bergantung dengan losyen. Lepas kerap kali minum air masak, alhamdulillah kulit lebih lembut & tapak tangan dan tapak kaki dah tak kering kasar macam dulu lagi. Masih menggunakan losyen, tapi tak sekerap dulu.

Kulit muka kalau dulu biasa je, sekarang alhamdulillah lebih halus & lembut dari biasa. Sya tak suka pakai pelembab muka setiap hari memandangkan kadangkala kulit Sya berminyak. Ada masanya sebulan kurang daripada 6-4 kali je Sya pakai krim pelembab sebelum tidur atau waktu siang. Dengan kerap minum air masak setiap hari, kelembapan kulit lebih baik dari sebelum ni. Sememangnya puas hati!


2. Kurang rasa lesu & pening kepala

Disebabkan Sya penghidap Anemia yang tak suka makan ubat, normal la kalau cepat rasa letih dan pening. Lebih-lebih lagi dulu. Pantang baring sambil tengok TV, lepas tu nak bangun semula ke dapur ke atau kemana je, tiba-tiba pandangan hitam & kepala terasa berat nak terjatuh. Lepas amalkan minum air masak selalu alhamdulillah walaupun masih lagi Anemia, tapi tak seteruk dulu. Rasanya setakat ni  dah tak pernah lagi mata berpinar-pinar & rasa nak pitam. Bangun tidur pun terus segar dan kurang rasa lesu-lesu pada tubuh badan.


3. Pembuangan toksin yang lebih berkesan & selamat.

Sya paling susah nak berpeluh. Walaupun dulu setiap hari ulang alik jauh berpanas-panas dari kelas ke asrama, tetap berpeluh tapi tak macam orang lain. Sampaikan baju yang dipakai pun tak basah peluh. Memang x stabil betul pengeluaran toksin dalam badan Sya. Jadi, Sya pun minum la air banyak-banyak dengan harapan boleh buang toksin. Alhamdulillah sangat kerap ke tandas untuk buang toksin dalam badan. Lepas kerap minum air Sya kerap juga rasa tiba-tiba badan berpeluh bila buat kerja atau bersenam ringan. Maknanya badan Sya dah menunjukkan kesan positf. ^__^ Paling kerap berpeluh tapak tangan dan tapak kaki. Kadang-kadang rimas jugak, tapi biarlah. Asalkan berpeluh.

Kenapa perlu guna produk seperti InnerShine untuk berseri sedangkan fungsinya sama untuk membuang toksin. Apabila toksin disingkirkan daripada badan, bahagian dalaman bersih maka berseri la diluar. Dengan minum air masak je, duit jimat, toksin pun dapat dibuang.


4. Kurus??

Semua orang nak tubuh yang cantik.. Bila dah minum banyak air automatik perut rasa penuh & kenyang. Kadang-kadang rasa tak berani nak ambil nasi takut perut penuh. Tapi sedikit sebanyak membantu membantutkan selera makan walaupun ada kalanya rasa lapar sebab perut dah penuhkan. Jadi boleh la kawal selera makan tu.!

Baru-baru ni Sya pergi timbang berat badan alhamdulillah berat badan maintain walaupun dah berapa lama stay je kat rumah dan berat kurang sikit daripada dulu. Hasil nak nampak kurus tu memang lambat sebab tak bergantung dengan ubat. Tapi kalau nak kurus dengan selamat, minum air dgn banyak supaya toksin dikeluarkan dan rajin-rajin bersenam untuk bakar lemak dan meningkatkan metabolisma...

Sya rasa cara ni selamat dan efisyen memandangkan ia cuma perlu melalui proses pembuangan air kecil selain tu menghindar daripada seseorang mendapat masalah sembelit dan sentiasa buat perut rasa penuh dan kenyang yang menyebabkan seseorang tu tak rasa macam perlu ambil makanan yang berat. Punca kegemukkan badan seseorang mungkin kerana hormon atau faktor keturunan.

Tapi kebanyakkannya juga oleh kerana toksin yang ada dalam badan tapi tak dapat dikeluarkan daripada badan dengan kerap atau dengan sebaiknya. Faktor pertumbuhan jerawat juga kerana terlalu banyak toksin dalam badan tau!

Oleh itu, kepada yang tengah santai-santai di rumah atau yang bercuti gunakan la waktu lapang tu untuk minum air masak dengan banyak & rasakan sendiri perubahannya. Kongsikan dengan Sya perubahan apa yang korang rasakan!!.. hehe.. (macm promote produk la pulak)


Hope it helps!! ~

Read More

Saturday 5 October 2013

Review Contact Lenses

Assalamualaikum.!

Seperti yang dijanjikan review untuk contact lens yang sya pernah cuba selama ni. Tak semua, tapi Sya cuma listkan setakat mana yang pernah Sya cuba tapi yang terbaik je. Dibawah Sya ada juga letakkan wishlist Sya untuk contact lens. Lens apa pula lepas ni yang Sya nak sangat cuba :-)


Kenapa Sya pakai lens, sebab rabun. Mula rabun tak silap waktu Sya sekolah tingkatan dan tak biasa pakai spek. Sanggup tersalah tegur orang lain sebab tak pakai spek & cuma akan sarung spek setiap kali nak start waktu belajar atau menonton TV. Punca? sebab tengok TV dekat-dekat. Masih teringat mak pernah tegur dulu. Lumrah budak kecil, lagi ditegur benda tu la yang akan dibuat. Bila besar, menyesal :-(

Mula pakai contact lens kira-kira 2 setengah tahun yang lalu, masa dalam semester yang kedua. First time pakai lens sya prefer better guna contact lens yang kedai kaca mata jual sebab diorang akan guide cara nak cuci, merendam & sebagainya dengan betul. Memang mahal, tambah pulak power mata kiri & kanan Sya berbeza, tapi itu lah yang sebaiknya.

Mula-mula guna contact lens, Sya beli yang clear/transparent untuk 3 bulan pakai. Disebabkan beginner  maka contact lens yg disarankan untuk Sya pun beginner punya la. Sangat-sangat soft dan selesa! tapi Sya tak ingat la jenama apa. Bercakap tentang contact lens, Sya lebih gemarkan contact lens yang berwarna brown, natural & designnya simple.


Jom START! (^0^)


1. THE PRODIGURLS MS. HERMES BLUE (Fynale)


Model pakai warna Brown T^T (tak jumpa gambar model pakai warna biru)

Bila Sya pakai (Biru) :

Seingat Sya masa nak beli lens ni nak order warna brown, tapi tinggal biru je sesuai dengan power. Lastly buat keputusan ambil warna biru sebab nak pakai masa dinner final semester dalam beberapa bulan yang lepas ^_^

Design :    (4 / 5)   Simple & lovely. Bila pakai nampak natural dari segi warnanya, tapi tak berapa nak natural  sebab enlarge effect dia yang boleh mencapai hingga 16 mm. Apapun overall semua puas hati sangat dengan design lens ni.  Design bagi lens ni juga lebih kurang sama dengan design DueBa Dreamy i. lens cuma bezanya Dreamy i. lens lebih terang warnanya berbanding Ms. Hermes lens.

Keselesaan   (4.5 / 5)   Selesa dan tak rasa ada plastik dalam mata. Tak pernah lagi rasa pedih atau cepat kering bila digunakan.

Enlarge Effect : (4.5 / 5)  Kebaboom! Untuk make up doll, lens ni highly recommended by    
me. hehe!

Duration : Sya tak berani letak rating untuk duration sebab katanya 1 tahun. Tapi sya tak berani guna untuk setahun. Biarlah guna dalam 3-6 bulan dah memadai.

Harga : 1 RM 40 (include postage) 2 RM 37 (exclude postage)

Beli di :  Fynale Cosmetic Lens (Facebook)


2. I. FAIRY HANA BROWN


Bila model pakai..... :


Bila Sya pakai :


Jika korang sukakan sesuatu lain dari yang lain, try lens ni. Memang nampak fake tapi nice!

Design :   (4.5 / 5)  Meskipun ada yang tak berani guna lens design macam ni, tapi bila try pakai, nampak macam ada daya tarikan pada mata. Sya pernah pakai ni masa buat pameran pengantin, ramai yang tegur design lens ni cantik sangat (walaupun ada jugak yang tegur contact lens boleh merosakkan mata. Tak dinafikan! Tapi, semuanya bergantung pada cara penjagaan & kebersihan seseorang)

Nak beli pun jangan sebarang beli tau! Siasat dulu sebelum membeli. 

Keselesaan :   (3/4) Ada sikit rasa ketidakselesaan lagi-lagi bila kena dengan aircond.

Enlarge effect :   (4/5) Sesuai untuk sesiapa yang suka mata nampak besar. (15 mm)

Harga : Tak pasti. Mungkin RM 35 atau RM 25. Free lens case & Postage!!!

Beli di : Abdullah Here (facebook) (Mesra & cekap! Sya suka beli dengan dia.)


3. FYNALE BAMBI BROWN


Gambar model :

Sya pakai :



Sebenarnya Sya kurang sukakan design yang boleh membuatkan mata nampak garang. Tapi bila lama-lama dah pakai macam nice pulak. Hehe. Nampak macam 2 tone tapi sebenarnya 3 tone. Hitam pada ring lens, soft hazel paling rapat dengan ring dan yang paling terang tu bright hazel. Sangat-sangat bright. Dan, nampak fake for sure. ^_^


Design : (3.5 / 5)  Jika dilihat pada design, nampak mcm bentuk bunga. Tapi bila dah pakai, nampak macam penuh dengan bright brown / hazel & ring hitam tu je.. Jika dilihat di tampat yang terang mungkin boleh nampak design lens tu. Apapun, dari segi warna lens ni sangat terang!! Sesuai untuk orang yang berani.

Keselesaan : (3.5 / 5) Pantang kena aircond, rasa macam mata pedih. So kene pejam mata lama-lama bila start rasa pedih tu. Gatal-gatal, dan rasa tak selesa pernah, tapi jarang sekali.

Enlarge Effect : (4/5) Tetap membuat efek mata nampak besar. 15 mm

Harga : Sya beli sama dengan The Prodigurls Ms.Hermes Blue. Dapat RM 37 exclude postage kalau beli 2.


4. THE DOLLY EYE PUFFY 3 TONE BROWN


Macam biasa, bila model cute-mute pakai :

Bila Sya yang pakai :

Selalunya memang 3 tones lens tu natural, tapi tidak untuk Puffy 3 Tones...

Design :   (3.5 / 5)  Design cantik. tapi warna terlalu terang. Macam lens untuk Twilight pun boleh jadi. Ring hitam hujung mata tak terlalu menonjol, bahagian tengah mata lebih kepada warna kuning daripada warna brown & warna merah dikeliling kanta anak mata. Sangat-sangat terang.

Keselesaan :  (3.5 / 5) Selama pakai lens ni memang OK, cuma rasa kering bila kena aircond. Kadang2, bila mata kering bila kelip mata lens ni macam bergerak-gerak sikit bila kelip mata..

Enlarge Effect :  (4 / 5) Enlarging effect memang nampak 15-16 mm daripada 14.5 mm.

Harga :
RM 20 include postage & free lens case. Abdullah Here


5. KIMCHI CHOCO BROWN

Model :


Sya :

Orang kata nak natural beli 1 tone colour lens. Tapi sebenarnya 1 tone colour lens ni la yang paling tak natural. Brown mungkin kurang nampak ke-tak-naturalnya tu, tapi kalau warna hitam sememangnya tak natural! Sya pernah cuba warna hitam 1 tone & kesudahannya sya takkan beli lagi lens warna hitam lagi. Sebabnya bawah cahaya matahari warna hitam tu terlalu terang dan nampak macam...... ntah la. Sebaiknya ambil warna brown gelap macam lens ni daripada warna hitam.

Design :   (4.5 / 5)  Design dia simple penuh warna brown.

Keselesaan :  (3.5 / 5) Oleh kerana diameter lens ni memang besar, jadi kalau kena aircond lagi senang la kering mata. Sebaik-baiknya ada eyedrops untuk contact lens.

Enlarge Effect :  (4 / 5) 16 mm diameter. Sebelum nak pakai pun dah rasa contact lens ni besar, bila dah pakai lagi lah. Sesuai untuk sesiapa yang suka eye enlarging effect.

Harga :
 RM 50 for 2 pcs, 1 for 30. Include postage & free lens case. Abdullah Here


6. THE DOLLY EYE SUGAR CANDY HAZEL

Model comel ni pakai :


Sya pakai :


p/s : Gambar yang lain dengan lens ni semua kabur. Ada pun gambar ni je la. Sebelah Sya ialah orang yang melahirkan Sya ^_^ my mom. Sya tahu, ramai yang akan ingat kakak. Kakak pun apa salahnya. hehe!

Lens ni memang simple, agak natural & sesiapa yang pakai mesti nampak cantik! Kebanyakkan lens yang Sya pernah pakai, lens ni merupakan favorite Sya.!!!

Design :   (4.5 / 5)  Ring hitam yang tebal dan penuh, dan warna hazel disekeliling. Sangat simple! But very-very nice to try.

Keselesaan :  (3.5 / 5) Kadang kala rasa tak selesa. Biasa lah pakai lens. hehe!

Enlarge Effect :  (3.5 / 5) Lens ni diameter dia 14.5. Enlarging effect sampai 15 ke 15.5 mm sahaja. Sya sukakannya! :-D

Harga :
 RM 20 include postage & free lens case. Abdullah Here ^_^



Wishlist Contact Lens

The Dolly Eye Gothic 3 Tone

Sangat natural. Daripada beberapa review mengenai lens ni, enlarging effect lebih kurang 15 mm. Diameter lens ni 14.5 mm. Puas hati sangat sebab ada review berbentuk video untuk lens ni. Nampak cantik, natural & perfect. Lens ni ada 3 jenis brown, iaitu brown, hazel & honey. Tak sabar rasanya nak try lens ni :-)
RM 35 free postage & free lens case kalau beli dengan Abdullah Here


Fynale Seashell Brown

Dah lama sangat-sangat nak lens ni. Hampir sama design dengan The Dolly Eye Sugar Candy, tapi warna untuk lens ni lebih brown berbanding Sugar Candy Hazel. Sya sangat-sangat suka contact lens Park So Ra dalam photoshoot 3 Concept Eye cosmetik. Dan Sya rasakan contact lens ni sangat hampir dengan contact lens Park So Ra ni. :-)

Sekian saja review contact lens & wishlist Sya. Akhir kata kepada pemakai contact lens tegar seperti Sya, boleh kalau nak pakai selalu. Lagipun Sya memang rabun. Yang penting, cara penjagaan lens serta kebersihan amat diutamakan kalau pakai contact lens. Basuh la tangan sebersih-bersihnya sebelum dan selepas menggunakan. Agak-agak contact lens tu dah lama, buang la. Beli lain.

Selain itu, jadilah pengguna yang bijak. Membeli melalui internet memang banyak risikonya. Tapi, siasat terlebih dahulu. Kalau korang rasa was-was akan penjual tu, jangan ambil daripada diorang. Ramai lagi yang boleh dipercayai. Jadi pengguna & pembeli yang bijak OK!

Hope it helps~
Read More

Thursday 12 September 2013

Asma'ul Husna, Maksud & Khasiatnya

Bahawasanya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Allah SWT mempunyai asma'ul husna (nama-nama yang indah) maka memohonlah kepada Nya dengan menyebut asma'ul husna. (Surah Al A'raf, ayat 180)

Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam asma'ul husna terdapat keistimewaan yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia. Allah SWT akan memakbulkan keinginan hamba yang berdoa dan berzikir dengan nama Nya sesuai dengan keistimewaan yang terkandung di dalam nama tersebut.

(apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca, contohnya Ar Rahman dibaca yaa Rahman. Ar Rahim dibaca yaa Rahim, Al Malik dibaca yaa Malik dan seterusnya)



YA ALLAH

Ya Allah, Lafzhul Jalalah.

Nama yang Maha Agung dan Mulia,pemilik semua pujian.

Apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


  1. YA RAHMAN
    Yang Maha Pengasih.
    Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah.
  2. YA RAHIM
    Yang Maha Penyayang.
    Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
  3. YA MALIK
    Raja Yang Maha Berkuasa.
    Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.
  4. YA QUDDUS
    Yang Maha Suci
    Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki & lain-lain.
  5. YA SALAAM
    Yang Maha Sejahtera.
    Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar daripada segala penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat & sejahtera.
  6. YA MU'MIN
    Ya Maha Mengamankan.
    Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insyaallah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
  7. YA MUHAIMIN
    Yang Maha Melihara.
    Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak, insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
  8. YA 'AZIZ
    Yang Maha Perkasa.
    Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia disegani orang kerana penuh kewibawaan.
  9. YA JABBAR
    Yang Kehendaknya Tidak Dapat Diingkari.
    Apabila dizikirkan sebanyak  226x pagi & petang semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
  10. YA MUTAKABBIR
    Yang Memiliki Kebesaran.
    Apabila dizikirkan sebanyak 662x maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.
  11. YA KHALIQ
    Yang Maha Pencipta.
    Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insyaallah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.
  12. YA BARI'Yang Maha Merancang.Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh daripenyakit tersebut.
  13. YA MUSAWWIR
    Yang Maha Pembentuk.
    Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini selama 10x, insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.
  14. YA GHAFFAR
    Yang Maha Pengampun.
    Sambil Beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insyaallah akan diampun dosa-dosa kita.
  15. YA QAHHAR
    Yang Maha Perkasa.
    Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia dan insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
  16. YA WAHHAB
    Yang Maha Memberi Kurnia.
    Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempian, insyaallah segala kesulitan atau kesempitan daam soal apa pun akan hilang.
  17. YA RAZZAQ
    Yang Maha Pemberi Rezeki.
    Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh, insyaallah akan dipermudahkan rezeki yan halal & membawa berkat.
  18. YA FATTAH
    Yang Maha Pembuka.
    Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
  19. YA 'ALIM
    Yang Maha Mengetahui.
    Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
  20. YA QABID
    Yang Maha Menyempitkan.
    Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
  21. YA BASIT
    Yang Maha Melapangkan.
    Perbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah rezeki akan menjadi murah.
  22. YA KHAFID
    Yang Maha Merendahkan.
    Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, insyaallah segala maksud yang baik akan ditunaikan Allah. Jika mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
  23. YA RAFI'
    Yang Maha Mengangkat.
    Dizikirkan setiap hari, siang dan malam sebanyak 70x, insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
  24. YA MU'IZ
    Yang Maha Membeningkan.
    Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya bagi ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
  25. YA MUZIL
    Yang Maha Menyesatkan.
    Pebanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
  26. YA SAMI'
    Yang Maha Mendengar.
    Sekiranya ingin doa kita makbul dan pendengaran kita tajam, amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, insyaallah doa akan mustajab.
  27. YA BASIR
    Yang Maha Melihat.
    Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
  28. YA HAKAM
    Yang Maha Melapangkan.
    Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insyaallah dapat membuka hati seseorang itu untuk mudah menerima ilmu-ilmu agama.
  29. YA 'ADL
    Yang Maha Adil
    Dizikirkan sebanak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil.
  30. YA LATIF
    Yang Maha Lembut
    Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju.
  31. YA KHABIR
    Yang Maha Berwaspada
    Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akan dapat bertemu dengan teman atau anak yang terpisah sekian lama.
  32. YA HALIM
    Yang Maha Penyantun.
    Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan, insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar.
  33. YA 'AZIM
    Yang Maha Agung.
    Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderita sakit, insyaallah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin & sebagainya.
  34. YA GHAFFUR
    Yang Maha Pengampun
    Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengampuni dosa-dosanya dan beriktikad untuk tidak mengulanginya. Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.
  35. YA SYAKUR
    Yang Maha Mensyukuri.
    Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insyaalah semua hajat kitaakan dimakbulkan Allah.
  36. YA 'ALI
    Yang Maha Tinggi
    Tulislah zikir ini sebanyak 110x di dalam bahasa Arab, lalu direndam pada air yang dingin dan diminum, insyaallah air tadi mujarab untuk kecerdasan minda seseorang.
  37. YA KABIR
    Yang Maha Besar
    Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat)
  38. YA HAFIZ
    Yang Maha Penjaga
    Dizikir sebanyak 99x, insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
  39. YA MUQIT
    Yang Maha Pemberi Kekuatan.
    Sekiranya kita berada di dalam kelaparan dan sukar untuk mendapatkan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.
  40. YA HASIB
    Yang Maha Pembuat Perhintungan
    Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepassolat Maghrib, insyaallah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang gangguan.
  41. YA JALIL
    Yang Maha Mempunyai Keagungan
    Amalkan zikir ini pada 1/3 malam, insyaallah perniagaan akan bertambah maju, kedudukan akan lebih tinggi dan terhormat.
  42. YA KARIM
    Yang Maha Mulia.
    Untuk Mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
  43. YA RAQIB
    Yang Maha Mengawasi
    Berzikirlah sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatiri akan hilang kerana berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.
  44. YA MUJIB
    Yang Maha Mengabulkan.
    Amalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh. Insyaallah doa kita akan dimakbulkan Nya.
  45. YA WASI'
    Yang Maha Luas
    Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang. Insyaallah segala kesulitan akan hilang. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insyaallah kita akan dijaga dari hasad dengki sesama makhluk.
  46. YA HAKIM
    Yang Maha Bijaksana.
    Bagi sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akalnya akan manjadi cergas & lancar dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
  47. YA WADUD
    Yang Maha Penyiram Kesejukan.
    Amalkan zikir ini sebayak 1000x pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumah tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni.
  48. YA MAJID
    Yang Maha Penyandang Kemegahan
    Untuk ketenteraman keluarga, amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan meyayangi& menghormati kita sebagao ketua keluarga.
  49. YA BA'ITH
    Yang Maha menbangkitkan
    Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada. Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
  50. YA SYAHID
    Yang Maha Menyaksikan
    Apabila ada diantara kedua keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & mengubah sikapnya.
  51. YA HAQ
    Yang Maha Besar
    Perbanyakkan zikir ini, insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
  52. YA WAKIL
    Yang Maha Pemegang Amanah
    Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sedia kala.
  53. YA QAWI
    Yang Maha Kuat
    Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
  54. YA MATIN
    Yang Maha Kukuh
    Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
  55. YA WALI
    Yang Maha Melindungi
    Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin Nya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang yang bersifat dengki.
  56. YA HAMID
    Yang Maha Terpuji
    Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
  57. YA MUHSI
    Yang Maha Penghitung.
    Sekiranya kita menginginkan diri kita digolongkan dalam pertolongn yang selalu dekat dengan Allah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
  58. YA MUBDI
    Yang Maha Memulakan
    Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. Insyaallah.
  59. YA MU'ID
    Yang Maha Mengembalikan
    Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insyaallah akan dipertunjukkan hasilnya.
  60. YA MUHYI
    Yang Maha Menghidupkan
    Amalkan zikir ini 58x setiap hari, insyaallah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
  61. YA MUMIT
    Yang Maha Mematikan.
    Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini, insyaallah akan dipermudahkan dalam perniagaan,politik & sebagainya.
  62. YA HAYYU
    Yang Maha Hidup.
    Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
  63. YA QAYYUM
    Yang Maha Menegakkan.
    Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiapmalam atau siang, insyaallah akan memperolehi harta yang banyak lagi berkat, dikasihi oleh setiap manusia, berwibawa, ditakuti musuh & menjadi insan yang terhormat.
  64. YA WAJIDYang Maha Menemukan
    Andai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
  65. YA MAJID
    Yang Maha Mulia.
    Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
  66. YA WAHID
    Yang Maha Tunggal
    Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama sebulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis. Insyaallah.
  67. YA AHAD
    Yang Maha Esa
    Zikir Asma Allah ini sebanyak-banyaknya, insyaallah kita akan melupakan sifat-sifat yang dinisbahkan kepada diri kita atau orang lain.
  68. YA SAMAD
    Yang Maha Diperlukan.
    Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah diri ini akan berasa kembali segar.
  69. YA QADIR
    Yang Maha Menentukan
    Apabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari. Insyaallah segala hajat akan berhasil.
  70. YA MUQTADIR
    Yang Maha Berkuasa
    Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya sehingga apa sahaja ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
  71. YA MUQADDIM
    Yang Maha Mendahulukan
    Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, "barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insyaallah segala usahanya akan berhasil.
  72. YA MUAKHKHIR
    Yang Maha Mengakhirkan
    Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkan zikir ini.
  73. YA AWWAL
    Yang Maha Awal
    Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenan Allah.
  74. YA AKHIR
    Yang Maha Akhir
    Amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama 1 bulan insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal.
  75. YA ZAHIR
    Yang Maha Nyata
    Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat ditempat yang sunyi, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
  76. YA BATIN
    Yang Maha Ghaib
    Amalkanlah zikir ini sebanyak 30x sesudah solat fardu, nescaya Allahakan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
  77. YA WALI
    Yang Maha Memberikan
    Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang, insyaallah kita akan dibukakan pintu ma'rifat.
  78. YA MUTA'ALI
    Yang Maha Meninggikan
    Sekiranya kita hendak berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi, bacalah zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting akan berhasil.
  79. YA BARR
    Yang Maha Dermawan
    Amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan terlaksana dengan mudah.
  80. YA TAWWABYang Maha Penerima Taubat
    Perbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
  81. YA MUNTAQIM
    Yang Maha Penyiksa
    Perbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah dalam berhadapan dengan orang yang zalim.
  82. YA 'AFU
    Yang Maha Pemaaf
    Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
  83. YA RAUF
    Yang Maha Pengasih
    Bagi sesiapa sahaja yang inginkan dirinya disayangi oleh sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu pada waktu siang mahupun malam.
  84. YA MALIKUL MULK
    Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan
    Seseorang ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa gangguan, amalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat waktu & 212x pada setiap malam.
  85. YA ZUL JALALI WAL IKRAM
    Yang Maha Memiliki Kebebasan & Kemuliaan
    Amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari, insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
  86. YA MUQSIT
    Yang Maha Menyeimbangkan.
    Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
  87. YA JAMI'
    Yang Maha Pengumpul
    Sekiranya ada ahli keluarga kita yang lari daripada rumah amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
  88. YA GHANI
    Yang Maha Kaya.
    Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
  89. YA MUGNI
    Yang Maha Pemberi Kekayaan
    Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaallah segala hajat kita akan tercapai.
  90. YA MANI'
    Yang Maha Mencegah
    Amalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat Subuh setiap hari, insyaallah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
  91. YA DARR
    Yang Maha Pemberi Derita
    Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit yang telah lama dihidapi akan cepat sembuh.
  92. YA NAFI'
    Yang Maha Pemberi Manfaat
    Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir inisetiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
  93. YA NUR
    Yang Maha Bercahaya
    Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat, maka selalulah berzikir dengan Asma Allah ini setiap pagi & petang.
  94. YA HADI
    Yang Maha Pemberi Petunjuk
    Bagi sesiapa yang tersesat dalam perjalanan, zikirlah Asma Allah, insyaallah akan diberia pertolongan dan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
  95. YA BADI'
    Yang Maha Pencipta Keindahan
    Andai kita mempunyai rancangan yang besar,maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. Insyaallah rancangan kita akan berjaya & berjalan lancar.
  96. YA BAQI
    Yang Maha Kekal
    Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada bila-bila masa, insyaallah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju.
  97. YA WARIS
    Yang Maha Pewaris
    Amalkan Asma Allah ini sebanyak yang mungkin, insyaallah kita akan dikurniakan umur yang panjang & hidup yang berhasil.
  98. YA RASHID
    Yang Maha Bijaksana
    Berzikirlah dengan Asma Allah ini sebanyak 1000x di antara waktu Maghrib dan Isyak, insyaallah kita akan beroleh minda yang cerdas.
  99. YA SABUR
    Yang Maha Sabar
    Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir Asma Allah ini. Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah, insyaallah segala usaha kita akan mencapai kejayaan.


Read More

Wednesday 4 September 2013

Red Pomegranate Lotion Review


Pomegranate atau delima, bukan saja baik untuk dimakan, malah khasiatnya juga dapat membantu mencantikkan kulit tak kira lah samada dimakan terus, ataupun dijadikan sebagai produk kecantikan. Untuk entry kali ni, Sya nak buat review sikit tentang produk Red Pomegranate Lotion.



자미안 / Jamian ialah jenama bagi produk kecantikan daripada Korea Selatan. Memandangkan Sya ni memang suka dengan barangan daripada sana, dapat tahu je tentang produk ni terus buat survey dekat Google. Antaranya harga, barangan tiruan, dan juga kesan terhadap kulit. Lepas puas hati buat survey tu, sya pun cari  dekat page Facebook yang menjual produk ni dengan harga berpatutan, tapi Original.

Kalau dah beli tapi takut-takut bukan original, jangan terus apply pada wajah. Takut tak sesuai.
Sebaiknya kalau nak uji kesesuaian produk kecantikan, uji pada belakang telinga. Sekiranya terdapat tanda-tanda gatal pada bahagian tersebut, elakkan daripada diguna. Produk tersebut mungkin tak sesuai untuk korang.

Selepas 6 bulan gunakan produk ni iaitu losyen & clenser, alhamdulillah kulit Sya menerima produk ini dengan baik. Takde kesan sampingan untuk kulit sya, malah melembabkan! Losyen ni boleh juga guna dekat bahagian muka, tapi kalau tak nak pun takpe sebab produk ni boleh digunakan pada 1 badan.

Setiap kali keluar rumah, benda wajib yang sya akan apply ke wajah adalah losyen Red Pomegranate ni. Selain mencerahkan, lotion ni juga ada efek glossy pada wajah / tubuh. Memang terbaik!

Sekarang ni dah keluar produk yang baru, masih lagi berasaskan pomegranate, tapi ditambah dengan kebaikan SPF 50 untuk packaging baru. Sya guna yang lama, so Sya tak pasti losyen ni ada SPF ataupun tak memandangkan pada packaging lama produk ni tak dinyatakan berapa SPF nya.


Apa yang belakang botol cakap


성분살면 / Live components

석류 프레쉬 화이트닝 클렌징 / Fresh Pomegranate Whitening Cleansing

RED POMEGRANATE
FRESH NUTRITION SERIES

Red pomegranate fresh nutrition facial milk

Remove obstacles for beauty to return you the fresh skin

한국산 원료, 자연 석류 추출액,100% 후지산 순수한 미네랄 워터, oligoccanc , 풍부한 광물질 등 / Korean raw materials, natural pomegranate extract, 100% pure mineral water from Mount Fuji, oligoccanc, including abundant mineral.

Dekat bahagian bawah dia pulak cara penggunaan je.. (padahal malas nak taip hangul)


Review Sya


Apa yang BEST :

  • Losyen Red Pomegranate ni boleh jadi pelembab yang bagus untuk kulit.
  • Tahan lama.
  • Bagus untuk kulit kering (tapi jangan sapu banyak sgt)
  • Tiada bau yang tak menyenangkan.
  • Buat muka jadi glow.
  • Boleh sapu 1 badan!
  • Kalis air. Kalau nak pergi mandi manda boleh la gunakan losyen ni. Tapi jangan menyental kulit pula.
  • Selain mencantikkan daripada luaran, losyen ni dapat merawat kulit juga.
  • Gunakan sikit sahaja, efek cerah dah boleh kelihatan. Jimat!

Apa yang KURANG BEST :

  • Kulit berminyak disarankan tempek bedak sikit supaya tak bercapuk pada muka bila minyak naik kat muka.
  • No coverage at all. Yang ada parut-parut jerawat tu tetap kena guna concealer untuk tutup parut atau dark spot kat wajah.
  • Terlalu putih & tak sesuai untuk kulit yang terlalu gelap. Kalau nak guna juga boleh, tapi make sure sapu 1 badan! Baru boleh nampak natural.
  • Produk ni dah banyak sangat tiruan di luar sana. Nak beli kena check betul-betul!
  • Losyen ni cepat menyerap, pekat & susah nak blend. Kalau boleh masa nak apply pada wajah atau tubuh badan sapu dekat tempat yang terang. Sebaiknya bawah cahaya matahari. Halakan wajah menghadap cahaya matahari dan sapu sambil tengok cermin.

Cara Menggunakan:

Untuk kesan terbaik pada wajah, elakkan daripada sapu losyen tu sebab losyen ni cepat menyerap pada kulit. Sebaiknya buat titik pada dahi, hidung, kedua belah pipi dan dagu & tempekkan pada wajah menggunakan jari yang bersih. Kalau perlu tambah, tambah sedikit  & jika terlebih tekapkan dengan tisu muka pada bahagian yang terlebih losyen. 

Beri tumpuan pada bawah mata, kelopak mata & bawah dagu kerana tempat-tempat ni selalunya tak kena dengan losyen tu, jadi kena la tambah sikit atau ratakan lagi untuk nampak natural. Pastikan bawah cahaya matahari.!



Untuk gambar kat atas ni, Sya gunakan sedikit losyen Red Pomegranate dekat bahagian muka sahaja. Gambar belah kiri boleh nampak kesan glow yang natural pada wajah.

Kat Mana Sya Dapat?

Sebenarnya banyak lagi produk Red Pomegranate ni dijual dekat page facebook, tapi yang Sya beli daripada link kat atas ni la. Tak salah kalau was-was, cuba tanya penjual betul ke produk ni original dan macam mana nak tahu produk ni original. Sebagai pengguna kita ada hak kan!


Hope it helps! ◕‿↼
Read More

Saturday 31 August 2013

Free Digital Makeup Software


Hi, 


Alhamdulillah, ni first entry Sya. follower pun tak seberapa pun. Harap-harap tak hangat-hangat tahi ayam macam dulu. hehe... So, sekarang ni biasa la kan, macam-macam jenis software dah wujud dalam dunia ni.


Kalau dulu orang makeup nak bagi gambar nampak cantik, beli la make up MAC, Kryolan bagai tapi sekarang tak perlu lagi! Gambar muka baru bangun tidur pun boleh lawa, lepas edit guna software. Confirm ada yang teringin nak edit gambar cantik-cantik siap ada false lashes lagi kan! Ada yang guna perfect365, tapi kalau tiada takpe. Sya pun mana ada software tu. Nak edit pakai photoshop pulak, ada yang ada tapi tak tahu cara nak guna. 

Untuk memudahkan kerja murni korang nak mengedit gambar tu, click kat sini 


Senang je, masuk website TAAZ tu, login, ikut step utk editing, makeup punye makeup, n save dalam laptop.

Hasil sebelum & selepas :


Gambar kat atas tu hasil editing Sya sendiri dalam website TAAZ. Nak nampak lebih natural, boleh control ketebalan make up tu masa edit.

Hope it helps! :)
Read More
Powered by Blogger.
Pink Bow Tie

© 2011 Sya Hamdan, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena