Sunday 20 October 2013

Kebaikan Minum Air Masak

Assalamualaikum

Entry kali ni tentang Kebaikan Air Masak ataupun Air Mineral.!

Sya yakin ramai yang tahu akan kebaikan minum air masak ni, tapi ramai yang tak sanggup nak buat sebab memerlukan komitmen yang sangat hebat untuk ke toilet. Tapi percayalah untuk sesiapa yang sangat menjaga kecantikan & kesihatan diri, minumlah air masak sekerap yang mungkin.

Sya bukanlah seorang yang kuat minum air dulu. Masuk belajar IPT Sya dah mula rajin minum air sebab selalu rasa dahaga, mungkin disebabkan penat sebab terpaksa berjalan ulang alik jauh ke kelas dan asrama. Tapi tetap kurang minum sebab malas nak menjerang air. Bila jerang air dengan heater kadang-kadang air warna kuning & bau klorin sangat kuat dekat asrama. Nak beli air mineral banyak-banyak pula mahal lagipun perlu berjimat.

Bila dah tamat pengajian alang-alang duduk rumah tak bekerja, ni la masa Sya untuk jaga kesihatan dan rawat semula kulit Sya yang dulu berjerawat sebab tertekan. Di rumah, Sya biasa minum air dengan botol air 600 ml. Paling banyak Sya isi semula botol air tu dalam 5-6 kali isi sehari. Paling sedikit 2 kali isi. Selalunya time sikit tu macam Sya tengah keluar jalan-jalan so time tu kurang la sikit minum.

Mula-mula memang rasa macam loya & kembang je perut sebab x biasa minum air masak dengan kerap & banyak. Tapi tak lama. Dah biasa okey la! :-)


1. Kulit lebih lembut

Sya tiada masalah dengan kulit kering, tapi bahagian tapak tangan dan tapak kaki sangat-sangat kering. Dulu, terpaksa bergantung dengan losyen. Lepas kerap kali minum air masak, alhamdulillah kulit lebih lembut & tapak tangan dan tapak kaki dah tak kering kasar macam dulu lagi. Masih menggunakan losyen, tapi tak sekerap dulu.

Kulit muka kalau dulu biasa je, sekarang alhamdulillah lebih halus & lembut dari biasa. Sya tak suka pakai pelembab muka setiap hari memandangkan kadangkala kulit Sya berminyak. Ada masanya sebulan kurang daripada 6-4 kali je Sya pakai krim pelembab sebelum tidur atau waktu siang. Dengan kerap minum air masak setiap hari, kelembapan kulit lebih baik dari sebelum ni. Sememangnya puas hati!


2. Kurang rasa lesu & pening kepala

Disebabkan Sya penghidap Anemia yang tak suka makan ubat, normal la kalau cepat rasa letih dan pening. Lebih-lebih lagi dulu. Pantang baring sambil tengok TV, lepas tu nak bangun semula ke dapur ke atau kemana je, tiba-tiba pandangan hitam & kepala terasa berat nak terjatuh. Lepas amalkan minum air masak selalu alhamdulillah walaupun masih lagi Anemia, tapi tak seteruk dulu. Rasanya setakat ni  dah tak pernah lagi mata berpinar-pinar & rasa nak pitam. Bangun tidur pun terus segar dan kurang rasa lesu-lesu pada tubuh badan.


3. Pembuangan toksin yang lebih berkesan & selamat.

Sya paling susah nak berpeluh. Walaupun dulu setiap hari ulang alik jauh berpanas-panas dari kelas ke asrama, tetap berpeluh tapi tak macam orang lain. Sampaikan baju yang dipakai pun tak basah peluh. Memang x stabil betul pengeluaran toksin dalam badan Sya. Jadi, Sya pun minum la air banyak-banyak dengan harapan boleh buang toksin. Alhamdulillah sangat kerap ke tandas untuk buang toksin dalam badan. Lepas kerap minum air Sya kerap juga rasa tiba-tiba badan berpeluh bila buat kerja atau bersenam ringan. Maknanya badan Sya dah menunjukkan kesan positf. ^__^ Paling kerap berpeluh tapak tangan dan tapak kaki. Kadang-kadang rimas jugak, tapi biarlah. Asalkan berpeluh.

Kenapa perlu guna produk seperti InnerShine untuk berseri sedangkan fungsinya sama untuk membuang toksin. Apabila toksin disingkirkan daripada badan, bahagian dalaman bersih maka berseri la diluar. Dengan minum air masak je, duit jimat, toksin pun dapat dibuang.


4. Kurus??

Semua orang nak tubuh yang cantik.. Bila dah minum banyak air automatik perut rasa penuh & kenyang. Kadang-kadang rasa tak berani nak ambil nasi takut perut penuh. Tapi sedikit sebanyak membantu membantutkan selera makan walaupun ada kalanya rasa lapar sebab perut dah penuhkan. Jadi boleh la kawal selera makan tu.!

Baru-baru ni Sya pergi timbang berat badan alhamdulillah berat badan maintain walaupun dah berapa lama stay je kat rumah dan berat kurang sikit daripada dulu. Hasil nak nampak kurus tu memang lambat sebab tak bergantung dengan ubat. Tapi kalau nak kurus dengan selamat, minum air dgn banyak supaya toksin dikeluarkan dan rajin-rajin bersenam untuk bakar lemak dan meningkatkan metabolisma...

Sya rasa cara ni selamat dan efisyen memandangkan ia cuma perlu melalui proses pembuangan air kecil selain tu menghindar daripada seseorang mendapat masalah sembelit dan sentiasa buat perut rasa penuh dan kenyang yang menyebabkan seseorang tu tak rasa macam perlu ambil makanan yang berat. Punca kegemukkan badan seseorang mungkin kerana hormon atau faktor keturunan.

Tapi kebanyakkannya juga oleh kerana toksin yang ada dalam badan tapi tak dapat dikeluarkan daripada badan dengan kerap atau dengan sebaiknya. Faktor pertumbuhan jerawat juga kerana terlalu banyak toksin dalam badan tau!

Oleh itu, kepada yang tengah santai-santai di rumah atau yang bercuti gunakan la waktu lapang tu untuk minum air masak dengan banyak & rasakan sendiri perubahannya. Kongsikan dengan Sya perubahan apa yang korang rasakan!!.. hehe.. (macm promote produk la pulak)


Hope it helps!! ~

2 comments:

Adam said...

terima kasih utk posting yg hebat ini. saya katakan hebat kerana ia perkongsian pengalaman peribadi bukannya fakta dari google atau cilok dari blog lain.

skarang sudah 2 minggu sy konsisten minum air coway 3-4liter setiap hari. benar mula mula mual dan loya tapi demi kesihatan, paksa juga diri ni.

minggu pertama dulu pakai botol mineral 1.5liter tu pasal nk senang kira kan. ye la 2 botol 3liter. jadi kita tau berapa byk air kita dah minum. saya paksa diri utk minum air banyak kerana saya ada sembelit.

tapi adik ada tegur katanya botol mineral tu hanya boleh digunakan sekali sahaja. jadi beli botol baru yg dijual dikedai Rm2. satu botol itu boleh isi 1.25liter.

meski baru beberapa minggu, kesan ketara yg saya dah rasa ialah badan rasa bertenaga. pembuangan najis mula menampakkan kesan tp tak konsisten. lg satu saya ada gemuk angin. saya kurus tp buncit. saya berurut n buat bekam angin tempoh hari, katanya bdn saya byk angin.

Anonymous said...

Bagus perkongsian.. padan la semua produk muka ker produk kurus ker sarankan kena minum 8 gelas air..

Post a Comment

Powered by Blogger.
Pink Bow Tie

© 2011 Sya Hamdan, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena