Friday 10 January 2014

Shopping with Natta Cosme~~

Assalamualaikum!

Siapa kaki shopping online yang baca post Sya ni? hehehe.. Kita geng.. Yeay!! Baru-baru ni Sya ada order barang dari Natta Cosme dah hari ini (8 Jan 2014) barang yang Sya order & tunggu-tunggu telah pun tiba! Tak dapat bayangkan betapa happy nya perasaan ketika tu. (macam dapat hadiah pulak) hehehe~


Sebelum tu biar Sya bagi review sikit tentang Natta Cosme ni, apa yang Sya sangat-sangat berpuas hati ialah first pada customer service diorang yang memang mesra pelanggan, cekap & pantas. Berdasarkan customer testimonial pun ramai sangat-sangat yang berpuas hati. Barang-barang yang dijual pun pada harga yang affordable, kualiti & pelbagai pilihan. Selain dari tu, packaging. Korang mesti suka sebab walaupun beli 1 item, diorang akan packing barang korang dalam kotak. Memang nice. Thumbs Up! Yang specialnya dapat voucher RM 5 lagi untuk next purchace. Korang pun boleh ambil coupon code ni  kalau nak shopping dengan Natta Cosme & barang tu mestilah RM 50 keatas, tapi ingat guna code ni untuk dapat less RM 5 sebelum 15 February 2014.


Masa Sya order baru-baru ni mereka terlalu sibuk sebab banyak order dari customer lain so ada sedikit kelewatan untuk process payment yg dibuat oleh Sya. Tak terlalu lama, dalam 1 hari lewat (Monday). Lagipun Sya pergi buat payment pada hari Jumaat. Sya pun risau kalau Sya salah tunjuk bukti payment ke ape, disebabkan ni first time shopping dengan Natta Cosme so hari Sabtu tu Sya terus contact dengan customer service diorang dalam chat box tu untuk kepastian. Kurang daripada seminit Sya dapat reply & diorang explain kenapa terlewat sikit. Since Sya x perlukan urgent pun barang yang Sya order tu so Sya reply kat diorang, I'll just wait then. Hari Selasa, baru payment Sya disahkan & terus diproses. Dalam sehari tu juga terus shipping. Very fast.So lepas ni,kalau boleh nak buat payment, buat la hari Isnin ke, mungkin lagi cepat diproses. =)

So hari ni (Rabu) sampailah ia ke tangan Sya.. hehehe~


Inside the package ^_^ Pretty neat right!




Sya puas hati sangat. Barang yang Sya order tak banyak pun. 2 barang je. Seperti yang korang lihat, cuma ada brush makeup, Real Techniques Core Collection & Miss Hana Waterproof Gel Eyeliner No 1 Night Black. Original & kualiti. Untuk makeup brush, Sya cuma beli untuk muka sahaja, untuk mata tu nanti-nanti la, sebab tak penting pun. Lagipun Sya jarang sangat-sangat pakai eyeshadow. Key untuk makeup yang cantik & flawless ialah quality brushes & foundation yang bagus. Melabur sikit untuk ni Sya tak rasa satu kerugian. Bila melabur untuk foundation yang bagus, first kulit kita takkan breakout dengan jerawat, hasil dia pun cantik. Sya dah ada bb cream & foundation yang bagus, so Sya rasa bagus jugak kalau Sya beli brush untuk hasil yang lebih cantik. Memang ada beza bila kita sapu foundation guna tangan atau berus.

Pesanan dari Sya, takpe nak beli makeup murah2 macam eyeshadow ke. FYI, Sya just guna eyeshadow Naked 2 Palette fake ok! hehehe. Gred AA katanya. Tapi macam mana boleh nampak cantik, sebab foundation. Lagipun eyeshadow just sapu kat mata je bukannya 1 wajah. Tak la risau sangat. Tapi lipstick korang kene hati-hati, jangan beli yang fake kalau boleh. Sebab takut bibir kering, merekah & menggelapkan bibir. Sekarang lipstick RM 20 yang branded, tak branded pun quality la, pun boleh dapat kalau korang pandai cari tempat online shopping yang tengah buat sale or memang dijual murah. Next entry insyaallah, Sya akan buat review untuk tempat shopping online yang jual barang yang berkualiti tapi murah.


Jom usha Real Techniques Core Collection brush ni.. =)

 









1. Buffing Brush




Sangat lembut & padat. Sesuai untuk full coverage of powder or mineral foundation. Sya guna brush ni juga untuk sapu foundation jenis cream macam BB Doll Cream & Octard Coverface Foundation. Setakat ni belum guna lagi untuk powder sebab Sya x suka kelihatan matte bila guna powder. Tapi brush ni untuk meratakan je, kalau nak ambil product & calit kat muka gunakan pointed foundation brush kemudian baru ratakan dengan Buffing brush ni.


2. Pointed Foundation Brush



Sesuai untuk sapu bb cream or foundation jenis cecair. Tapi Sya gunakan brush pointed foundation ni untuk BB Doll Cream & Octard Coverface Foundation yg jenis cream jugak. Hasilnya smooth & flawless. Suka gunakan brush ni sebab dia runcing. Tepi hidung, kawasan mata pun boleh sampai dengan bentuk brush yang pointed ni. Kalau nak hasil natural, brush ni membantu. Tapi untuk hasil medium to full Buffing Brush sangat-sangat membantu.


3. Contour Brush (makeup artist most favourite)



Digunakan untuk sapu highlighter, bronzer atau buat shading kat pipi. The best! Sya gunakan contour brush ni untuk sapu blusher. Cantik sangat. Sya tak suka brush blusher yang lain sbb terlampau besar, Sya sukakan sapuan blusher yang sedikit & nampak natural. Tambah pula muka sya bentuk bulat, bila makin besar blusher makin besar pipi Sya kelihatan T^T Brush ni sangat membantu! Sya puas hati. Untuk highlighter, bronzing or shading sapu secara gerakan membulat. Mudah & hasil yang lebih natural.


4. Detailer Brush





Sangat kecil & halus. Tapi besar kegunaannya! Boleh digunakan sebagai concealer brush (memang terbaik), lipstick brush & eyeshadow brush. Memang tepat la nama dia detailing. semua dia boleh buat =)

Overall keempat-empat brush ni Sya sangat-sangat puas hati. Memang quality, tak rasa kasar pada kulit & masa sapu pada wajah & basuh ngan air pun takde 1 bulu pun yang terkeluar. Puas hati!

Next, Miss Hana Waterproof Gel Eyeliner. Sya beli sebab nak try memandangkan Sya takde eyeliner jenis pensil. Ada pun warna dia nak tak nak keluar & kasar pada mata. Sedih kan? Tapi eyeliner Miss Hana ni, memang la nama dia gel, tapi bentuk pencil. Sangat-sangat pigmented! Sapuan yang lembut, glide easily & waterproof sampai sukar ditanggalkan =.=''




Yang lain semuanya Sya suka tentang eyeliner ni kecuali waterproof yang telalu waterproof. Faham tak? hehehe. bila Sya basuh guna sabun, sabun pun tak dapat nak hilangkan 100% warna eyeliner ni. Lepas basuh dia turun bawah mata sampai nampak macam Sya ada eyebag. Lepas ni Sya kene beli minyak Johnson & Johnson untuk sapu kat mata untuk tanggalkan makeup mata sebelum terus membasuh. Cara ni mungkin lebih soft dari guna sabun, terpaksa tenyeh sampai masuk buih dalam mata. Lepas tu kena guna tisu untuk tenyeh bawah mata pulak. Dalam 3-4 kali jugak la Sya repeat basuh dengan sabun. Tetap ada sikit2 tertinggal kat mata. Betapa waterproof & pigmented nya ia. Sya rasa Miss Hana eyeliner ni akan lebih berkesan ditanggalkan jika guna minyak.

Tapi kelebihannya, eyeliner ni memang super pigmented, super soft, super quality & super long lasting! itu apa yang Sya suka.



TESTING

Sapu kat tangan 1 kali.



Bila lap dengan jari beberapa kali secara kasar.



Guna air & dilapkan dengan tisu



Lap dengan minyak



Lepas guna minyak & lap dengan jari, baru la nampak dia banyak tertanggal. Bila guna air dengan tisu untuk lap, ada tertanggal, tapi sikit je. Sya tak pernah ada make up remover, sebab selama ni terus basuh dengan air & sabun je. Samada Sya nak beli makeup remover atau minyak bayi untuk tanggalkan makeup.

Sekian sahaja review Sya kali ni. Anyway, Sya memang suka sangat shopping dengan Natta Cosme. Sya akan shopping dengan mereka lagi lepas ni =) Hope korang suka dengan entry Sya ni. Maaf la semua tentang make up, dah itu je yang Sya pandai & minat pun. hehehe

Insyaallah 1 hari nanti, bidang makeup ni la yang Sya nak jadikan sumber rezeki. Part time job make up orang ^_^ Insyaallah. Sampai disini sahaja dulu, thank you readers! 

2 comments:

Unknown said...

If sis nak hilang kan makeup dgn senang,sis try la cleansing oil :) boleh hilangkan eye makeup n bbcream too

Unknown said...

Dyana Zulkefli thank you :D nanti sis try

Post a Comment

Powered by Blogger.
Pink Bow Tie

© 2011 Sya Hamdan, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena