Friday 10 January 2014

Sahara Fiber Mascara Review

Assalamualaikum!


Korang suka tak bulu mata yang lebat, panjang & lentik? Sya suka! ^_^ Alhamdulillah Sya memang naturally dianugerahkan bulu mata yang panjang & agak lentik. Tapi ada juga yang memiliki bulu mata yang pendek, panjang tapi kebawah & ada yang ada bulu mata yang jarang.

Entry kali ni, tentang Sahara Fiber Mascara yang diberi oleh kawan baik Sya sendiri untuk buat review tentangnya. So, kalau nak tahu bagus ke tak mascara ni, baca sampai habis. hehehe ^_^




Sahara Fiber Mascara ni diperbuat daripada : 



 Transplant Gel : Kolagen, Air, Propolis Semulajadi, Brazilian Palm Glue, Black Iron Oxida, Acrylic Copolymer, Nylon 12, Acid Stearic, Propylene Glycol.



Natural Fiber : Companulaceae (Teh Hijau)

Korang sendiri dapat menilai kandungan dia bagus atau tidak. Siapa yang tak nak mascara yang mengandungi collagen & propolis asli. Sambil guna mascara tu, sambil kandungannya dapat merawat bulu mata :) Fibernya pula daripada teh hijau. 


 Before using Sahara fiber Mascara




2x coats untuk bahagian atas mata



1 coat untuk bawah mata



Dari tepi


Nampakkan perbezaannya? sekarang, sebelah mata gunakan Sahara Fiber Mascara manakala sebelah lagi tidak.



Lepas menggunakan mascara mata nampak lebih terbuka & bulu mata lebih panjang. Disebabkan Sya memang memiliki bulu mata panjang, sepatutnya Sya cuma apply 1 kali je dekat atas mata untuk nampak lebat natural, tapi untuk review ni Sya sapu 2 coats lagi untuk tunjukkan kat korang perbezaannya. Dah sampai ke kening pun ada. Hehehe.

Jom kita tengok comot ke tak mascara ni. Ni lepas Sya pakai dalam 30 minit.

 Terdapat sedikit sahaja fiber yang terjatuh dibawah tu. Sya tak pasti kalau orang lain yang guna memandangkan mascara ni masih baru, tapi pada Sya tetap ada fiber yang terjatuh tapi cuma beberapa je. (Merah mata Sya tu. hehehe. Sya buat review ni lepas makan nasi & perkasam which is my favorite the most, pastu cuci tangan dengan sabun sebelum pakai lens ni. Perkasam tu digoreng dengan cili padi, mungkin sebab tu, Sya pakai lens pedih mata Sya. haha. Sebab tu merah sikit)

Complete look? Dibawah ^_^


Like this look sooo much! Pastel-pastel gitu. Nak tahu Sya guna apa untuk make up ni?

Face : BB Doll Cream ( beli di sini )
Highlighter (forehead & cheek) : High Beam (beli di sini )
Cheek : Etude House Peach Cheek Blusher in #05
Shading (nose) : Canmake Shading Powder in #01
Eyebrow : Viva Eyebrow Pencil #Brown + Dolly Wink Eyebrow Mascara #Mocha
Eyeshadow : Naked 2 Palette (fake) huhuhu ~Booty Call & Tease + Maybelline Hyper Diamond Eyeshadow #WN-1 ~white (bawah mata)
Lipstick : D'herbs Collagen Treatment Lipstick
Contact Lens : Puffy 3 Tones #Grey ( beli di sini )

So, korang rasa perlu ke lagi lepas ni gunakan bulu mata palsu sebab dah ada pilihan dengan menggunakan mascara Sahara Fiber ni? Buat lah pilihan =)

Pada Sya mascara ni bagus, selain dari tu senang dicuci macam kita orang islam nak solat, no problem just basuh dengan air dulu sebelum berwudhu'. Mascara ni boleh hilang dengan cuma guna air sahaja. Kalau korang tak rasa berani nak sapu mascara bawah mata takut comot & terkena mata, just sapu bahagian atas sahaja. Nak natural? sapu 1 coat pun boleh. Cuba la dulu. Tak cuba mana nak tahu kan ^_^

Mana nak dapat Sahara Fiber Mascara ni? My BFF jual. Leia namanya.



Buat watermark ni jangan lepas ni ada yang culik gambar ni pastu tulis Sya guna foundation or mascara entah apa benda karang. Foundation Sya guna BB Doll Cream + high beam OK! Mascara cuma Sahara Fiber Mascara sahaja!


Sekian sahaja review Sya. Hope you like it!

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
Pink Bow Tie

© 2011 Sya Hamdan, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena